Tuesday, April 23, 2013

Bayi Jaundis~Apa Tindakan Kita?

Assalamualaikum semua...

Post kedua dari akak malam ni mengenai Jaundis. Untuk pengetahuan, kedua-dua anak akak memang ada masalah Jaundis apabila dilahirkan. Keduanya juga bukan calang-calang jaundis, tetapi prolonged jaundis. Prolonged Jaundice bermakna kuningnya atau jaundisnya melebihi tempoh dua minggu. Akak tak pasti penyebab mereka terkena prolonged jaundis sebab doktor hanya beritahu potensi bayi yang berdarah O untuk mendapat prolonged jaundice memang agak tinggi. Dan sememangnya kedua-dua mereka berdarah O.huhu...

Sedih tau bila kali pertama anak dipakaikan spek, ditanggalkan pakaian dan dijemur di bawah lampu. Kita kan sayang anak kita kan, nak peluk, nak tidur bersama dan nak dia pakai baju cantik-cantik.. Tapi disebabkan jaundis, semua tu tak boleh buat. sayu sangat rasanya. Bayi pertama pulak tu. Nasib baik la dapat bilik yang boleh attach bayi sekali. Ada ibu yang terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital kerana wad tidak mencukupi. Terpaksalah bekalkan susu badan kepada nurse untuk diberikan kepada bayi. Tu cerita anak pertama. Semuanya pengalaman pertama. Masuk anak kedua, kena jugak jaundis dan lama jugak. Tapi time tu dah Pro. Tak sepanik ketika anak pertama dulu. Anak ketiga ni pun doktor kata berpotensi besar. tapi dengan ilmu yang ada, in shaa Allah dapat diatasi.

Ok, cukup kisah jaundis anak akak. Kalau nak cerita detail, memang sehari pun belum tentu cukup waktu nak mengarang. Kepada ibu hamil, jom kita study pasal jaundis. Bukan nak kata anak korang akan kena, tapi sekurang-kurangnya dengan  mencari maklumat, mental anda sudah bersedia menerima apa jua keadaan :)


Apakah Jaundis

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 



Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 





Bagaimana Mahu Kenal Pasti Bayi Jaundis

Jika anda masih lagi di hospital, tidak perlu risau bagaimana mahu mengesan bayi jaundis kerana pihak hospital tentu akan menguji darah bayi anda. namun ada sedikit masalah jika kita berada di rumah tanpa membuat sebarang pemantauan. Dibimbangi jaundisnya tinggi namun kita tidak menyedari. 

Apa yang perlu anda perhatikan ialah warna mata, bahagian muka dan anggota badan. Jika anda perhatikan, anggota badan bayi yang dijangkiti jaundis seperti kekuningan. Paling jelas adalah bahagian matanya. Selain itu, bayi yang tidak aktif dan tidur berjam-jam lamanya juga antara simptom bayi jaundis.

Kaedah Rawatan

Ada pelbagai rawatan Jaundis. Ada tradisional dan moden. Jika tradisional akak tak perlu sebut di sini kot sebab akak kurang percaya. Bimbang juga akan memberi kesan tak elok kepada bayi apatah lagi jika petua yang perlu bayi minum. Maklumlah, perut bayi masih lagi "muda". Risau jika bayi tak dapat nak hadam. Nanti lain pula masalah yang timbul. 

Dari segi rawatan moden pula, pihak hospital atau klinik akan mengambil sampel darah (perlu kuat semangat lebih-lebih lagi darah diambil di depan anda!!!). Apabila disahkan anak anda jaundis, mereka akan memberi bacaan tahap jaundis tersebut. Jika tidak terlalu tinggi, bayi dibenarkan pulang dan ibu boleh monitor sendiri di rumah. Jika agak tinggi, bayi perlu ditahan di hospital supaya doktor dapat membuat rawatan susulan. Kebiasaanya bayi akan dijemur di bawah sinaran lampu fototerapi yang berwarna biru. Bayi pelu ditanggalkan pakaiannya dan ditutup matanya. Lampu ini bertujuan untuk memecahkan birulubin berlebihan agar ginjal dapat membuangnya.

kata oarang "kuning akan hilang melalui najisnya". Dan itulah juga kata doktor. Disebabkan itu, kita dinasihatkan untuk menyusu bayi sekerap mungkin. Bayi jaundis pula agak lemah dan lebih suka tidur. Jadi, kita perlu kejutkan bayi kita sekerap mungkin ( sejam setengah-dua jam sekali) untuk susukan bayi. Ya, memang diakui prosesnya agak memenatkan tetapi for the sake of your baby, please bagi susu badan. Jangan bagi formula ya....

Ada juga bayi yang memerlukan rawatan lain seperti tukar darah jika jaundisnya tidak berkurang atau semakin tinggi. 

Bahaya Jaundis

Walau kedengaran penyakit ini normal dan menyerang hampir 2/3 bayi yang baru dilahirkan, jaundis sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa bayi. Jika dibiarkan tanpa rawatan, penyakit ini boleh mengganggu pendengaran bayi dan lebih teruk lagi, ia boleh mengganggu fungsi otak. Jadi, usah pandang remeh ye ibu-ibu.


Sepanjang bayi terkena Jaundis, ibu yang menyusu bayinya dilarang mengambil sebarang jamu. Mungkin ia agak mengganggu kesihatan ibu yang baru lepas melahirkan kerana tidak dapat memakan sebarang jamu. Jadi, sebagai alternatif pilihan, ibu yang baru lepas bersalin digalakkan mengambil supplement PANTANG SHAKLEE kerana ia terbukti memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan ibu, kecergasan, membaik pulih luka luaran dan dalaman serta mampu banyakkan susu badan. Bila anak kita tidak sihat, kita sebagai ibulah yang perlu super sihat untuk menjaga bayi kita yang baru sahaja dilahirkan.


Berminat untuk mencuba supplement pantang Shaklee, boleh pm/whatsapp/sms ke 014 669 2610-kak maria


0 comments:

Post a Comment